Friday 2 August 2013

Tiada Tajuk.

Beri masa.
Agar kembali seperti biasa. Sedia kala.
Itu cara paling mudah. Simple.
Biar dia fikir. Tenang. TEnung lama lama.

*Yang sebenarnya kita sayang pada dia.

Idea datang secara tiba tiba.

Dan dengan IzinNya juga.


LATIH diri sampai??


Sampai LETIH.  


Bila mana perasaan marah, geram,  sakit hati, dalam kata erti lain kurang sabar menjamah diri. 


Aku rasa cara paling hebat, beri dia masa dan kita ambil masa. Tenangkan diri. Ambil wuduk, mengadap dan mengadu pada Illahi.


DOA ITUKAN SENJATA.


Seterusnya, tanya pada hati betol ke salah tindakan kita kalau kurang sabar tadi.


Apa apa tindakan, keputusan  sekali pun. Fikir kesan, akibat yang bakal kau hadap. Fikir Ulang ulang, supaya  tak melayang apa yang kite sayang.


Tak kesah la HARTA ke.


NYAWA ke.


KECANTIKAN ke.


KELUARGA JUGA. 

Tapi apa yang paling penting AGAMA. Sayang jika hilang AGAMA. Sebab kita takkan kemana bila hilang agama. Allah takkan pandang kita didunia. Akhirat lagi laa..



Saturday 22 June 2013

Nak Couple?

Bukan mengutuk, bukan mengata..Just, sebagai peringatan kite-kite aje..Jangan marah yerr. SMILE

Ada jodoh tak kemane, takde jodoh tak kemane-mane.
Tak payah la nak ber'couple-couple'. Hati sendiri mungkin terluka.
Ini mungkin ada yang terasa, tak tuju ke sape-sape. Sape terasa mungin dia couple.
Orang sekeliling sakit mata nengok asyik duduk berdua-dua je. Nah! semua dapat dosa.
Yang tak couple, jangan duk tersengeh sengeh..hang pun mintak dijaga hati, supaya berhati hati...Yang sudah cedera akibat couple(macam budak nie)mohon jangan ulang langgar lari, cedera sendiri.Berpegang pada prinsip diri. Minta dengan Illahi agar ditemui cinta sejati *suami*.


Couple itu sebenarnye berada ditangan anda. takperlu tanye sape-sape. Hati kite kalau say jangan couple, kite takkan terima walau juta kali dilamar si jejaka. Adik adik yang masih remaja, mohon jangan terjebak dengan couple. Bukan ape...kakak takot kamu terluka..
Jom perbaiki diri, ibadah rohani dan jasmani agar di beri kekuatan menghindari cinta palsu duniawi.

p/s : Ini bukan untuk yang ber'couple' je. Yang tak couple @ terpikir hendak terima couple. Mohon hati berjaga-jaga dalam menanti cinta.. baca buku pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul. InsyaAllah..penulis, ustazah Fatimah Syarha. Manfaat banyak disitu. Moge Allah redha. :)



****Merah tanda bahaya****


Say no to couple!


Monday 29 April 2013

Selepas form5

Assalamualaikum...


Disebabkan aku mempuanyai adik yang baru lepas Spm..so, aku terasa terpanggil untuk menaip pasal lepas form5. Bukan pasal aku mase form 5 tetapi aku nak bagi tip dekat sape sape yang rasa tak tahu nak sambung apa dan dimana selepas mendapat result Spm yang tak berapa baik. Jangan risau dik, spm bukan penentu kejayaan hidup tapi cume penentu menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.(aku mase form5 result kecundang gak.haha) Masa nie aku tahu adik-adik semua peningkan nak pilih aliran apa, sebab adik aku pun macam tu, semua tanye kakak dia ni ha... ni ok tak, kolej tu oke ta,k form 6 bagus seronok? dan bla bla bla..sampai bebuih mulut becerita. Bagi golongan yang macam aku nie, aku sarangkan ada dua pilihan untuk sambung belaja, Antaranya, masuk form 6 atau amik khursus kemahiran atau matrikulasi. Kenapa tiga? sebab yang ni je layak. tapi kalau yang kaya bole la masuk kolej swasta amik diploma. Kalau yang tak berkemampuan seperti aku bole buat dua pilihan ini, mengikut minat masing2......

Pada adik adik yang dapat result macam takde harapan nak sambung diploma..jangan risau, masih banyak institusi-institusi pendidikan kat malaysia nie. Samaada kolej atau kerajaan. Bagi yang ada rasa keinginan nak masuk form six, aku sokong 100% sebab aku pun masuk u dengan STPM.hehe.. Adik adik yang dikasihi sekelian, jangan rasa rendah diri kalau kawan kawan adik dapat masuk u, sambung diploma...sebab  bila masuk STPM adik2 akan amik ijazah terus bile masuk u. Untung setahun...Aku ingat kata kata cikgu aku dulu mase masuk form6 'kaki kanan anda sudah berada di universiti, cume tinggal selangkah kaki kiri untuk masuk dan sambung belaja di sana' kata kata ini banyak bagi perangsan dekat diri aku selepas kecundang dalam spm.

So adik adik, kalau dapat masuk form 6 jangan fikir panjang.. amik peluang ini, pecut 400meter  berlari untuk terus berjaya.Golongan yang boleh masuk Form 6, yang suka membaca dan rajin. Sebab apa? kerana ia lebih kepada pembacaan, pembelajaran dalam kelas dan keje hari hari kene buat nota. Sape sape ada ciri ciri nie pastu dapat tawaran form 6, go on okey! Jangan berpaling.(tapi aku takde ciri ciri diatas)hahaha. Kalau takde ciri ciri di atas pun boley masuk..sebab bile dah masuk, tidak dapat tidak korang kene rajin gak.Kalau tak, dende makannye....hehehehe

Kenapa form6? sebab....macam aku cerita kat atas tadi, selain daripada jaminan masuk u(kene rajin,rajin,rajin)..adik adik jimat setahun, sebab form 6 hanya mengambil masa 2tahun sahaja berbanding diploma(masing2 ada kelebihan dan kekurangan, kang kakak2 yang amik diploma hentam aku pulak.hahaha)..yang memakan masa 3tahun. From6 sekarang tak macam dulu, sekarag lebih baik sistemnye..sebab mengunakan sistem seperti berada di universiti, yang bezanye anda akan berada disekolah.Tetapi sistem pembelajaran tetap sama seperti universiti, so..adik adik akan biasa dengan universiti bila dah masuk sebab sistem pembelajaran kuliah dan kelas takde beza. . (zaman aku tak, duk dalam kelas mcm sekolah) Pemilihan subjek bole tanye pendapat guru masing masing, yang ini penting..agar adik adik bole tentukan matlamat adik2 selepas STPM.. Daripada subj yang di ambil  di form 6, adik adik bole sambung di universiti nanti mengikut subj yang berkelayakkan dengan kos semasa memohon.

Mesti tak nampak kan macam mane bentuk dia?... oke aku bagi satu situasi si A

Si A meminati subj yang menghafal seperti usuluddin, quran sunnah, bahasa arab dan bercita-cita ingin menjadi ustazah atau bekerja di jabatan agama atau sewaktu dengan nye... Jadi, adik adik bole mengambil subj yang jenis aliran agama. Kemudian perlu mencapai target subj subj berikut (terutama bahasa arab kene lepas @ lulus) semasa di STPM untuk menyambung pengajian dan mengambil kos yang layak untuk adik adik mencapai cita cita seperti di atas. Jelas? Begitulah sebaliknya... amik dan skor subj yang diambil. Kemudian sambung ijazah mengikut minat dan cita cita masing masing. Jangan ikot kawan.  Jngan jangan jangan..... :)


p/s : sape sape nak tanye bole komen kat sini. Tanye je, insyaAllah nanti aku balas komen kalau ada yang mengomen la.hehehehe. Nak cerita banyak2 kang ada yang boring baca. so nie jela. Nie bukan promote form6, tetapi mengikut pengalaman ia adalah seronok! haha









Sunday 28 April 2013

Janji di tepati.

Asslamualaikum....

Janji mesti ditepati? haha. Lain benor bunyi tajuk entri aku ni. Al maklum dekat dekat dengan pilihanraya, camtuhaaa.. Actually, tiada kaitan dengan PRU oke. Mohon mengerti. Harap maklong makngah makcik.hehehe


Btw, disebabkan aku nie first time serius dalam berblog, so kite berkenalan la dulukan. Macam yang aku janji dalam entri pertama aku tu. Aku dilahirkan pada 1 Januari 19**, masuk aje tahun baru, genap la umur aku untuk makin tua), tak terlebih dan tak terkurang. Tepat-tepat gitu haa, bangga! satu dunia sambut befday aku (peghasan) haha.. Saje letak tarikh lahir dulu, sebab nak suruh diorang ingat. Diaorang? (termasuk kau lah)Ehik! Ingat satu ingat sasa ingat sasa, ingat satu,satu haribulan sa...tuu...setia pada yang satu *Dah macam Pru U** .Calon MPP jauh sekali.hahaha.


Nama sasa gabungan nama saya dengan buah hati. sweet bukan?. buah hati saya ayahnda saya.hehe. Dan Aku masih lagi student dan sampai tua pun aku tetap student, kerna apa? kerna, aku manusia yang sentiasa perlu belajar. Belajar mengenal dunia. HohOho..Belajar di US US US...Nanti aku nak pemeskan u aku yang dah sememangnye pemes.Pemes pasal ape, nanti aku cerita. *tetibe aku*

Hebohan sikit, kebanyakan penulisan aku ni berkesahkan kehidupan sekeliling aku.Blog nie dalamnye bakal ada kesah cinta, puisi, syair, lagu, tip kesihatan, fesyen *walaupuan aku bukan jenis yang bergaya. Serius aku tak pandai menulis, tapi kalau aku jiwang, tangkap leleh tu... jangan pelik atau muskil, sebab aku ni manusia yang berubah rubah.hehehe. Macam kat atas tu, Mungkin macam-macam tip akan aku kongsi.Pada adik adik yang baru nak melangkah ke alam sekolah atau bakal menjadi mahasiswa/siswi, yang bakal bercinta, sudah bercinta, yang bakal dan sudah kecewa, yang berpenyakit atau bakal sakit, dan sewaktu dengan nye, bole intai tip tip kat sini. Pada yang lebih berpengalaman bole kongsi atau bole bagi motivasi sikit kat adik di sini(bajet mude)  yang bekerja bole juga komen kat sini. Bole nasihat sikit aku ni yang bakal ke alam pekerjaan.Ada keje kosong bole contant.haha..hey, bukan senang nak dapat keje sekarang..jangan memilih sangat hoii...janji halal beb!



P/s : Sudah baca entri aku ni, kalau rasa pening..nak muntaH.. atau loyar tekak ke..aku nasihatkan lepas ni jangan baca. Risau nanti korang dapat sakit pulak kan.hehe..

Sunday 14 April 2013

14 April 2013

Assalamualaikum...

Pertama tamanya selamat datang ke blog ini...selamat menjengguk, menyinggah, membaca and so on.haha..Haaa..jaga jaga budak malas nak ber'blog. Aku sebenarnya bukan la pandai bab bab penulisan and karangan.. So kalau ayat tunggang lenggang lenggang kangkung, buat buat paham udoh la yer.. :)

Blog nie dibuat, dikarang, diconteng sebenarnye bukan tatapan semua pun, aku buat sebab nanti senang. Kalau aku sedih, marah, bengang, rajin, malas, gegegegeram ke bole la aku campak kat sini kan. Aku tak nak panggil nie blog la, aku nak panggil dia bendang. Boleh? sebab aku dulu, kini dan selamanya kalau ada masalah selalu p bendang. Duduk situ lelame, pastu dah tenang, aku pulang la ke sarang, sarang? (rumah).

* Nyampah pulak aku baca ayat aku tu.hahaha.Bukankah aku dah cakap aku tak pandai karang mengarang, Nie tulis ikot sedap rasa tangan je nak taip apa.*


Jom kenal kenal dulu. Ker acane? Tapi tunggu entri seterusnya lah. Aku ada kelas esok. Pepagi kena bangun, solat subuh.heehee.. Btw, selamat krooh krooh pada yang baca entri nie~~ ;)